Thursday 3 April 2014

ESP




ESP - Soy Protein Isolate Powder (Normal Price= RM150.00)

Protein Bukan-GMO
yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan
14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid
amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan
asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging,
telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa
dan kolesterol.
Shaklee ESP:
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  •  Protein soya membantu mengurangkan kolesterol. 
  • Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsiumharian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam
    mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.* 
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelarIdentity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga
    dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

====================================================

Beza ESP dengan soya biasa

Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya
dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat
sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil
ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan
bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap
sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan...makan
tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab
kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan
kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan
ambil...

ESP ialah protin..kenapa protin penting?

  • SbbProtein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita
    terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot,
    organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan
    sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang
    membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan
    fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan
    yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang
    rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentangESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang
    tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet
    seharian, Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya - paling asli) yang semulajadi rendah lemak
    dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan
    tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu
    mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan
    hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang
    normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan
    Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke
    dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan
    pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat
    untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik,
    halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi
    tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih,
    Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat
    kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong
    kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong
    kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama
    supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg
    kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg
    tak ambil bersama ESP.

part tu sure dah tau kan..so..nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?? JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam
    secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan
    berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara
    cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and
    herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapasoy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara
    umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan
    (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan
    syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya
    menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a
    Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian...
    toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam
    sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu-Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk
    menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential
    amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many
    important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcoholtu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan
    memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone
    itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones
    juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan-Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance.
    sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood
    pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a
    brand that uses an extracting process that removes this substance, yet
    keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF
    AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan-Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking
    protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO
    ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in
    all of the essential amino acids, inadequate brain development and
    hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan
    boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium
    yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan
    kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak
    menambah cukup kalsium
===================================================

Protein adalah sejenis nutrien yang
melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Ia membantu mata anak
anda untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah. Selain itu,
ia membolehkan anak anda menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas
kimia melalui enzim dan melindunginya terhadap jangkitan. Tanpa
protein, tulang, kulit dan rambut anak anda tidak akan mempunyai
strukturnya.

PERANAN PROTEIN:

  • Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
  • Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
  • Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
  • Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
  • Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.

SUMBER PROTEIN:


Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu
protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein
tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Protein
haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan
kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang
diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang
tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein
haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan
bijian atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling
melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan
untuk seseorang individu.

SYOR DAN PANDUAN DIET:

1) Berikan anak anda ikan dengan lebih kerap, setiap hari jika boleh.
Untuk mencapai matlamat ini, berikan anak anda satu hidangan ikan
sehari. Kurangkan pengambilan kerang-kerangan berbanding dengan ikan.

2) Tingkatkan pengambilan susu dan produk tenusu anak anda. Susu bukan
sahaja merupakan sumber protein yang penting, ia juga sumber yang kaya
dengan kalsium dan vitamin. Satu gelas susu segar (250ml) mengandungi
kira-kira 8.5 gram protein. Tambahkan susu yang kurang gula dalam oat
dan bijirin anak anda. Yogurt dan keju juga merupakan sumber produk
tenusu yang baik.

3) Berikan anak anda daging, ayam dan telur secara sederhana. Pilih
pelbagai jenis daging dan gunakan kaedah yang berlainan untuk memasak
hidangan ini. Berikan anak anda makan telur dalam jumlah yang sederhana,
sebanyak sebiji telur sehari secara puratanya (sendirian atau dalam
masakan). Elakkan daripada memberi telur putih kepada anak anda yang
berumur 1 tahun atau ke bawah.

4) Amalkan cara memasak yang lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan
telur. Kaedah memasak yang disyorkan termasuk mengukus, merebus,
merenih, memanggang dan membakar. Lebihkan mengguna herba, rempah dan
limau nipis atau lemon untuk menambah perisa kepada hidangan-hidangan
ini daripada menggunakan garam atau sos pekat.

5) Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol. Kurangkan
pengambilan lemak tepu dengan memilih potongan daging dan ayam tanpa
lemak. Buang kulit ayam dan lemak daging yang boleh kelihatan sebelum
memasak.

6) Berikan anak anda kekacang setiap hari dan masukkan kacang dan bijian
dalam dietnya setiap minggu. Kekacang seperti kacang pea, kacang dhal,
kacang kuda, kacang soya dan kacang tanah mengandungi banyak protein
dalam bijinya. Pilih pelbagai jenis kekacang serta produknya seperti
tempe dan tofu untuk menyediakan makanan. Tambahkan kekacang dalam sup
dan hidangan anak anda. Tambahkan kacang sebagai snek atau dalam
hidangan utama seperti dalam sayuran tumis.

Berapa banyak protein yang anak anda perlukan?

Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI), jumlah
pengambilan protein yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur di antara 1
hingga 6 tahun ialah 17 hingga 23 gram setiap hari. Kanak-kanak di
antara umur 7 hingga 12 tahun memerlukan kira-kira 32 hingga 46 gram
protein setiap hari.

KESEIMBANGAN:

Walaupun protein adalah sangat penting dalam diet anak anda, anda perlu
ingat bahawa keseimbangan nutrien (contohnya karbohidrat, lemak,
vitamin, mineral dan protein) adalah penting untuk semua orang,
terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Untuk membina
kekuatan, sel otot anak anda memerlukan aktiviti fizikal dan kesemua
nutrien yang penting. Jika terlalu mengutamakan protein, anda mungkin
tertinggal makanan dan nutrien lain yang juga sama penting.

Terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam apa-apa jua perkara adalah
tidak baik. Amalkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam
menyediakan makanan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.

32 manfaat ESP yang diketahui umum:

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,
6. Memberi ton warna kulit yang sekata
7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
10. Rendah lemak, tanpa kolestrol
11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
15. Membantu mengurangkan risiko kanser,
16. Bertindak sebagai antioksidan,
17. Menguatkan sistem imun tubuh,
18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik,
19. Memelihara kesihatan jantung
20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan  sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones.
24. Membantu merendahkan paras kolestrol,
25. Mencegah osteoporosis
26. Membantu pembentukan sel-sel baru.
27. Membantu menyembuhkan gastrik.
28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
30. Memudarkan parut
31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
32. Kecantikan kulit dan rambut


Siapa yang perlukan ESP?

1. Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik
2. Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat
3. Pesakit gastrik teruk dan sakit ulu hati
4. Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas - memastikan bertenaga sentiasa
5. Penghidap kencing manis - memastikan bertenaga dgn paras gula yang selamat
6. Lelaki dan wanita yang ingin kekal bertenaga sepanjang hari
7. Orang yang alergik atau alahan.
8. Wanita yang ingin menguruskan badan
9. Pesakit kanser yang sedang dalam kimoterapi
10. Bekas pesakit chicken pox
11. Mereka yang ingin memudarkan parut
12- Mereka yang ingin mencerahkan kulit secara semulajadi untuk keseluruhan kulit badan
13- Mereka yang keguguran rambut - add on zinc
14. Mereka yang baru menjalani pembedahan supaya cepat pulih
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Variasi resipi cara bancuh ESP
1 ESP + Air suam
2 ESP+ Fresh Milk(sama ada susu kotak atau susu tepung)
3 ESP + Fresh Milk + kurma(rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
4 ESP + SusuAnmum
5 ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
6 ESP + Nesvita 3in1
7 ESP + jus twister tropicana
8 ESP + Ribena
9 ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
10 ESP + Milo/Horlicks
11 ESP + sirap bandung
12 ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
13 ESP + KOKO + OAT
14 ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL
15 ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
16 ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk
17 ESP + meal shakes + MILO
18 ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
19 ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung
20 ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!!
Dan ini pula resipi smoothies
Bahan2:
· Segelas fresh milk
· 1-2sudu besar natural plain yogurt
· fresh fruits (saya guna banana pagi ni... potong kecik2.. then frozenkan sebentar)
· Suplemen (sy add sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen powder.. sbb tu resipi namanya awet muda kekal langsing.. haha)
· 1 sudu kecik madu
Serbuk koko (optional)
Cara2 : Blend semua bahan2 di atas ....kemudian apa lagi.. minummmm

NOTES:
· JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi
· Jangan ambil lebih dari 3sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

kalau untuk kecantikan, timing dia anytime. nak ambil direct 3 sudu dgn 600ml beverages masa sarap pun boleh.

kalau untuk turun berat, timing dia 30minit sebelum meal (sarapan, lunch, dinner). ambil sesudu dengan 200ml beverages setiap sesi

kalau untuk tambah berat, timing dia 30minit lepas meal

0 comments:

Post a Comment